May 28, 2011

anak PASTI kembali


haaaaaaai hyeeeee.
eh kan haritu ade cite pasal bebudak PASTI ni kan
haa ni ade sambungan lagi.part 2 tapi lebih meriah laa
sebab buat kat stadium bp kan.nak pulak kali ni gabung semua PASTI daerah bp
tu yang rase macam ramai je orang.budak2 pun ramai.

so tadi pagi start sukaneka around 9am
kusangka panas hingga ke petang rupanya kejap2 hujan je
kesian kat budak2 nih.kang ade yang demam kang.susah pulak
tapi memang lately musim hujan kan.hujan RAHMAT :)
so kene tunggu hujan reda dulu baru start perbarisan
meriah seh.dah macam hari sukan sekolah.lebih kurang laa kan.
dah nama pun sukaneka.aihh aq nih =.='


gambar kat atas tu time get ready before perbarisan.ade laa dalam 8 kontinjen
means dalam 8 tadika jelaa kan.umur budak2 ni 4 5 6 tahun.
kecik2 je.comel.


ni budak2 tengah ikrar.macam2 gaya boleh nampak.
ade yg angkat tangan tinggi.ade yang lemah gemalai sangat
yang ade gaye mcm nak azan pon ade.
kalau cikgu tu bacekan panjang sgt.budak2 nih xikut pon
bace sikit sikit baru ikut.hesshh.budak budakkk.

so lepas semua protokol habis.*paham2 jelaa doa,negaraku,ucapan blabla blabla*
then baru laa start sukan.baru je kumpul kat tengah padang
sekali hujan turun dengan lebatnya.stop kejap.dorang pasang lagu time ni
maher zain and nasyid.lama xdengar lagu2 nih.sayu je
siap ade ajar doa time turun hujan lagi time ni
alhamdulillah laa.xsampai 10minit hujan reda dah
so sambuuuuungg


bolasepak ni ade 4 pasukan je.kalah mati.
aq xtau laaa cmne main kalah mati ni sebab bukan aq jenis tengok bola pun
lawak laaa budak2 ni main bola
sorang kejar bola yg lain semua ikut.berkumpul laa ramai2 tu
yang ade statik je xbegerak.tengok kawan2 lari kejar bola
yang ade dah nampak macam naksepak tup tup g ambik bola tu then baling
ade yang btol2 main.ade yang main lari2 je
hesshh macam2


see.ade yg nak sepak.ade yang riang gumbira tengah padang.
ade yg diri tegak tengok bola depan mate je
ni mak apak akak abang kat tepi padang ni haa yg lebih2
dok sorak2 jerit2 
*tu bola tu cepat kejar laa*
*sepak haa sepak*
*gol sana laa!!*
aq tengok jelaa.nak jerit2 lebih2 bukan aq tau rule bolasepak pon.hehh


budak dua ni haa.kecik2 cili padi
bukan kemain laju lari
yang sebelah kiri tu haa name dia syuhada.panggil ADA je.
JOHAN larian pecut and lari beganti
yang tunjuk peace tu anis nabila
aq suka budak ni haa.comel.kiut semacam.
dah laa ade gigi patah.betambah comel plak aq tengok



budak baju oren ni kelakar okeh. mb cg ke coach ke ape yg lelaki baju hijau ni haa ajar cmne cara nak lari kot.bend kaki punggung kasi belakang sikit.tangan kene genggam cmtu haa.
budak lain diri tegak je.dia sorang laa yg semangat gile nak lari
nasib menang ok.



tengok laa yg oren tu lari.kemain laju lagi.badan kecik je.
lari2 ni ade kategori.5 and 6 tahun.laki pompuan
yang bawah ni pulak time budak lelaki lari.
sungguh2 nampak.


panas tengah padang sangatlaaa membuatkan aq rase nak pitam
tapi budak2 ni punya pasal aq redah jelaa
kebetulan kene tolong handle budak2 ni
al-Fitrah ni ade 2 cikgu je.cg ayu and cg sarah
tapi cg ayu tu xdapat dtg.adik dia nikah laa plak
so tinggal laa cg sarah*cg ni ajar aq dulu*
disebabkan aq bekas anak didik 
PASTI al-FITRAH BATCH PERTAMA '98
so cg ni mintak tolong handle budak2 ni haa
aq suke je.feeling2 jd cikgu kejap.wakakakk


meet my students guys.ngahaahha.*perasan!*
dorang xpanggil aq cikgu weh.dorang panggil aq akak
tetibe terasa adik2 aq betambah kan.

sebab aq ni malas nak atur budak2 ni punya nama
sape lepas ni lari.berape tahun punye budak
leceh laa.buat tension je cari bebudak ni.kejap hilang
dah macam chipsmore pulak dah.soooooo
aq bg cikgu kamanizah ni buat
orang lama katekan.ngehngeh





so tugas aq tengok budak2 ni.kang hilang payah.xkoser aq nak cari ramai2 tu
kan panas kan.kan aq baik kan.aq payungkan laa dorg ni haa.
bukan besar sangat pon payung tu tapi boleh laa.budak kecik2 kan.*konon nak kate baik laa.cisss

yang aq sedar satu tau.dorang kene motivate banyak sikit
sebelum lari tu kene bagi semangat suruh lari btol2
*fokus2.jangan tgk orang time lari.kalau kasut tanggal jangan behenti lari jee.lari laju2 nanti dapat hadiah.*
haa gitu.kene cakap cmtu setiap kali dorang nak lari
and aq pulak.tunggu kat garisan penamat.kot laa mase lari tengok aq ade kat situ tunggu dorang kan
mau cepat2 dorang lari.kan aq muka pencetus semangat.hahahahh
bagi menampakkan aq sangat2 bersemangat dengan budak2 ni
mase dorang lari aq pon jerit2 laa..cepat cepat cepattttttt!
aq sambut dorang kat garisan penamat tu.
puas hati ok kalau ade yang menang.
rase macam eh xsia2 aq tunggu kat situ.ekekekeke
xmenang pon xpe.aq sambut jugak.cakap tahniah je.
padahal bukan dorang menang pon.tp xnak bg dorang down kannnnn
cakap jelaaa tahniah.





pong pang pong pangggg
aq pon dah penat tahap dewa.lapar jangan kate laa
ramai dah lepak kot.makbapak pon macam dah xsenang duduk dah
around 12 lebih habis semua acara sukaneka tu
tunggu bagi hadiah laa plak
tu pon aq rase lama yaaaa amat
al-Fitrah alhamdulillah ade laa jugak johan
wakil daerah laa pasni korang ye.
so habis siap semua
marilah kita beramai ramai menuju ke rumah masing2

penutup kata
even penat tapi enjoy.lawak tgk budak2 nih
macam2 perangai ade.haihhhh  =.="





p/s: muezz! aq nampak parents ko.adik ko kat an-nur kan?
aq tengok2 laa jugak kalau2 ko ade.tapi ko xde!
hessshhh







May 25, 2011

lama tak dapat surat cinta.

tau tak ape perasaannye bila dapat surat cinta?
 lincah ceria satu hari nak senyum je.
benda lain xingat dah.surat tu jugak ulang baca
lagi laa bila dapat surat cinta ayat jiwang semacam.
euwwww.muntah hijau kalau baca.

lagi haru kalau sape yg simpan surat cinta ni
sentimental yoww?? aihhh

cute kan box ni.pinkkkkkkk

ok sebenarnya bukan nak cite pasal love letter ni.
ade benda lagi menarik dan boleh menceriakan hari

tadi petang pegi bank nak bayar duit kereta.
kang xbayar jalan kaki jelaa pegi kedai topup.ekekeke
*ceh.cite macam laa aq banyak duit bayar sendiri kan
so sampai2 tu aq park kereta macam biase laa
tutup enjin tengok cermin kot laa tudung aq senget ke
nanti ade mamat hensem lalu dia ketawekan aq.hahahah
susah laa kan kalau dah perasan sendiri ni.sumpah geli.

dengan penuh yakin bergaya aq masuk bank
g mesin atm tekan2 masuk duit.ok dah settle.
xsampai 10minit kot.dalam 5minit setengah ade
cepat dan pantas kan?

keluar je dari bank aq dah nampak dah pakcik uniform biru tulis2 depan kereta
cemasss.cemass.cemassssss
ni mesti kene ni.MESTI punye laa
sah.memang sah sahih lagi betul
muka aq cuak xingat dah.mati laa mati mati


dapat agak dah??
surat ni aq dapat elok je kat depan cermin kereta
terletak cantik lagi tu


well.salahnya cuma TAK LETAK KUPON PARKING
see.salah kecik je ponnnn.berkira betol.
pakcik tu pun satu.tolak ansur laa sikit kan
aq nih park xsampai 10 minit dah nak saman
lain laaa aq letak dari pagi sampai malam
kira berbaloi laa jugak aq nak bayar 30 hengget tu
ni dari lebur bg kat majlis bandaraya baik aq guna
buat beli beg ke xpon makan kfc ke big apple
puas hati jugaklaa cmtu.
cett.


encik ishak bin mat
or shud i call u uncle? ohh this sounds better.
terima kasih jelaa ye kerana sudi bagi surat ni
saya ni memang dah lama xdapat surat kaler pink
cantik.siap ade cop name pakcik lagi
=.="




May 23, 2011

1st and last anniversary :)

.every start has an end.

*a year ago*
--------------
bangun pagi tu dalam keadaan amatlah mengantuk
sebab malam tu balik rumah pakngah dekat pukul 3 pagi!
ni semua gara2 angah bawak ronda satu shah alam.siap lepak kat dataran s.a. tu yang xmenahan! kebetulan malam tu ramai dak rempit plak tu! ngee! takut gua beb! hal kiteorg g duduk kat dataran pagi2 buta ni tengok ragam anak2 bangsa x diketahui oleh makbapak kami.hahahah.teruk punya perangai! =.='

sampai kat masjid sultan salahuddin s.a tu je dah dup dap duppp
tengok manusia punya laa ramai.cuaksss rasanya! dah laa kene naik bas uitm plak tu nak masuk kawasan U.haihh.ni gara2 ada konvo kat DSB.ok sila bayangkan keadaan berasak2 dalam bas dengan beg and barang2 yg super banyak.baldi bantal and all stuff.dah macam tin sardin ok.agak berebut jugaklaa nak naik bas.haihh.makbapak adik beradik atok nenek sume ade.blom yang bawak pakcik makcik skali tu.dah laa bas xbanyak.urghh

sampai kat mawar around 8.30 kot.ke lebih?er x ingat pulak.
turun bas terus laju2 jalan masuk kolej mawar g daftar.takut lambat kononnye.alhamdulillah laa.dapat bilik ground floor and jadi orang first masuk bilik! means katil aq adalah A.betul2 tepi pintu.then satu demi satu rumate tersayang datang.mula2 agak janggal laa jugak..yelaa baru nak kenal.semua muka nak tunjuk bersih suci murni.tengok laa lepas seminggu.segala tanduk keluar dahhhhh. :)

meet my rumate.me.along.adik.mama :)
i'll miss uolss.tsskkk

sem 1 sangatlah best.semua bnde nak cuba.yelaa kan.
orang baru nak duduk bandar.wht do u xpect? 
belajar cara hidup dekat U.becampur dengan budak degree.kenal ramai orang.tengok gelagat budak U yg katenye sangattt educated tu.adapt cara lec bg lecture.semuanya bnde baru.
baru nak tahu! kasihan bukan??

bila sampai je sem 2.kira dah master laa bab nak skip class.haha.*jgn ikut perangai xbtol aq ni* cmne nak buat assignment dgn mudah.*eh eh xde plagiarism ok* dan yang paling penting masa untuk lebih serius  belajar,xde lagi dah berjimba sana sini xtentu hala macam xde lagi dah hari esok 
*aq dah insaf dah time ni.waaaaaaaaaaaaa*

yang menarik tertarik mmg kedebommmmm masa ni adalah ukhuwah yg terjalin.ye.ukhuwah sesama kawan.lebih erat dan mesra.sharing is caring.susah senang sama2.xde duit makan maggi sama2.xtau buat assignment pegi PTAR naik turun bukit sama2.malas nak masuk cls BEL sama2 pakat dgn clsmate xnak dtg.bila ade presentation sama2 saling bantu bg soalan yg dah siap dgn jawapan skali.bila ade cls ganti waktu mlm sama2 dtg lambat sebab rapid mcm siput.

sape kate xboleh ddk kat tangga??heeee.see.boleh je laa :)

----------------------
*now*

harini genap setahun.dari baru jadi budak asasi kini dah ade nama baru dah
bekas budak asasi.hehh.heyy im still proud ok. :)

alhamdulillah.syukur xterhingga 
sebab dah melangkah sejauh ini
antara sedar dgn tak.aq dah berjaya mengharungi satu level pendidikan dlm hidup aq
satu fasa yang boleh kate penting bagi aq laa.xpernah terbayang aq akan bergelar pelajar di U.even its just foundation.but mind u.bukan semua orang berpeluang belajar di sini.

setahun sememangnya waktu yg singkat 
untuk menilai kawan kita
tapi,,,12 bulan yg telah berlalu memberi seribu satu kenangan.yang xkan dapat diulangi lagi.
cuma akan terus kekal diingati sepanjang masa :)

goodbye law foundation.
goodbye uitm shah alam.cempaka and mawar
goodbye BARRA.heeeeee 



May 19, 2011

thanks Allah :)

 syukur yang tak terhingga.tiada yang lebih indah melainkan ini
tak tau macam mana nak tulis dengan perkataan mahupun diluah dgn percakapan
alhamdulillah.aq sangat bersyukur dengan kurniaan ini

seminggu sebelum aq tau keputusan ni
start dah perangai pelik aq.semua serba xkene
berdebar semacam.tunggu punya tunggu tp xde org datang meminang jugak
hahah.ok xlawak pon bab ni.

terkedu aq bila bace mesej yg aq dapat dari mohe
jantung rase nak melompat ke anak tekak dah!
antara percaya dengan tidak.
time tu aq kat rumah atok.xpecaya punya pasal kan
aq bg atok aq bace.dia pn mcm "eh yeke nih?"
pastu laju2 aq lari balik rumah.ok x.aq bawak kete sebenarnya
terus terjerit dari luar kan.excited punya pasal
padahal x konpem lagi tu
ibu baru habis solat xsempat doa lagi tu
aq terus tunjuk mesej yg aq dapat
tergamam.terjerit.suka.semua ada
ayah aq sukanya macam ape.ibu lagi laa

xpuas hati tengok mesej je then terus bukak laman web tu
wahhhhhhh!
i got it


nampak takkkk? heee :)

yang membuatkan ibu bertambah suka bile tengok
aq pon dapat tempat yg sama dia belajar dulu
dulu ibu kat temenggong ni jugak.and now aq pulak
xsangka kan.selepas 19 tahun aq pulak akan belajar kat sana

aq rase kan ni sebab terkenan kot.haha
alkisahnya laa kan.dulu time ibu last paper final year kat sana
elok je ibu habis jawab exam pagi tu 
aq pulak lahir petang tu jugak.
see.rupanya aq dah duduk sini dulu lagi dah.
tapi time tu dalam perut ibu laa.

sungguh cantik dan indah aturan Allah
dulu aq punya cita2 nak jd cikgu.....dan jugak peguam!
tamak kan?? hoho
habis spm dulu aq ade apply ipg.tapi xdapat
then aq pegi uitm untuk law.course yg aq suka jugak
aq belajar ape tu undang-undang
segala istilah law yg pelik2
xlupa cases yang bertimbun banyak nak hafal
aq dah redha dah yg sememangnya aq tak ditakdirkan menjadi guru
and meneruskan niat yang satu lagi.undang-undang!

tapi akhirnya,
alhamdulillah.syukur ya Allah
harapan yang penah ade dulu xpunah lagi
20 Jun 2011
insyaAllah aq akan menjadi salah seorang pelajar
IPG TEMENGGONG IBRAHIM,JOHOR
dunia seorang pendidik akan bermula
:)

dulu keinginan aq sangat kuat nak buat tesl dan ajar pelajar sekolah menengah.sebab aq suka!
suka ade student yang besar2 sikit.boleh kamceng.
mungkin anak2 kecil lebih memerlukan aq.*bajet ade sifat keibuan.hehh
pendidikan rendah atau pendidikan menengah
kini bukan lagi masalah.
cuma satu niat yg perlu ada
mendidik anak bangsa.

sekian.

p/s:: cuma nak bgtau dapat ipg je tapi knp macam dah dalam lain je nih. 
p/s/s:: how wonderful and great 19th today??heee. after all the tears.now im still standing beside u. :)


May 15, 2011

satu masa yg warna pelangi :)

ehemm.
agak panjang tajuk entri.oh ya.agak lawak juga.heeee
nak cerita pasal kehidupan macam terlalu dewasa je
in fact im still young.orang kate xde pengalaman sangat pun
orang lama kan dah banyak makan garam.tu yg ramai je ade darah tinggi..hiksss
lagipun orang muda mudi ni masih mencari arah tujuan hidup
laluan yang sangat misteri and penuh teka teki?

okay actually nak flashback cerita yg dah tinggal kenangan
sumting that im never get it back.exactly.
dulu time sekolah kene bangun pagi.mengeluh je
kene pakai baju yg sama setiap hari.asyik kata bosan
datang extra class time cuti.semedang je kate penat
pegi attend perhimpunan pagi2.kaki berat je nak melangkah
kene bebel marah dengan cikgu.macam nak terus keluar dr clas je
dapat markah exam rendah.terus down tanak study lagi dah

ingat lagi dulu masuk kawad kaki
punya laa seksaaaaa! silap haribulan boleh pengsan!
tapi alhamdulillah laa xpenah pitam.hehh
masuk public speaking tp xingat text.sudahnya main pintal2 kertas atas stage
ok yang ni memang malu teramat and akan ingat sampai bila2
after pmr pass with flying colours then masuk sbp*samura*
kusangka panas sampai ke petang rupanya taufan pn xkuat kuredah!
so im back to smkts again.finished my upper form and enjoy my last year

i got many friends,wonderful classmate and lovely teachers
along years being a student in school ive learn lots of things
tell me who doesnt rite??
sumtimes i really missed my school time
wake up early in the morning.wear white and blue uniform
hold books and notes.study in classroom
lotsa of thingssss.i used to hate it before but now
i missed every single thing bout school :)
sangat awesomeeeee okay zaman sekolah ni

orang kate zaman sekolah laa yang paling akan dirindui
betul ke?anyone could answer??


yess.people always  leave.
but memories still remain.and last forever
friends make our life wonderful.colourful.
they give us another part of our life
that make us be more tolerate to each other
we learn how to give and take
share happiness and tears
and be sisters and brothers

every single thing that we did together
those are the valuable thing ive
and i'll keep it forever
as long as i breathe

i missed all of u frensssss








May 8, 2011

which one??

hello frenssss :)
currently addicted a song by sam tsui
at first i really dnt noe who he is
look like a chinese but er macam x.no idea at all
i dnt do any research bout him so xtau pasal his background


boleh tahan jugak mamat ni.if dapat bf cmni sure xpandang lain dah.hahaha*tipu*

well.tau wujudnya mamat ni pn pasal orang tu bg satu lagu
sam tsui ni nyanyi laa.pastu terus macam
 'eh best jugak dia nyanyi'
so terus laju2 tengok kat utube lagu2 dia.not bad
he got a talent.same macam maddi jane

lately aq keep repeating one of his song
hold it against me
but then aq macam agak kelam kabur dah
aq ade terdengar lagu ni kat radio but lain version sikit
britney yang nyanyi pulak dah.best jugaklaa..
boleh macam nak angguk2 kepala dalam kereta time drive.hehh

and now ive no idea bout them
aq rase macam tu lagu britney and si sam tu buat version lain pulak
maybe laa kot.not sure
so here lagu dorang versi dorang

ohh sorry
aq try dah upload tapi macam lambat gile tahap nak baling laptop je nih
sebelum betol2 berlaku aq cancel jelaaa
tapi aq gantikan dengan link jelaa
better than nothing kan.
:)

so ini versi
sam tsui
and yang ni versi
britney

er okayyy
actually i got the answer
ni lagu britney and sam ni cover balik by his own version pulak
sounds better kan?

May 6, 2011

berita terkini.

bunyi macam warta berita tv3 pulak dahh
but ni memang cerita terkini tapi tak sensasi laa cuma gempak sikit je
----------
assalamualaikum dan selamat malam
petang tadi berlaku satu kebakaran besar di
senggarang batu pahat
kejadian ini berlaku pada waktu petang selepas solat jumaat
sederet kedai hangus terbakar iaitu merangkumi
 8 buah rumah kedai
api yang marak beserta angin kuat telah mencepatkan proses pembakaran
semua mangsa tinggal sehelai sepinggang namun tiada mangsa terkorban*alhamdulillah
kebakaran ini menyebabkan kesesakan lalu lintas selama lebih 3 jam
bomba dari rengit tiba sangatlaa lambat*memang xsempat selamat ape laa
sepasukan polis forensik juga dikerah untuk siasatan lanjut
jumlah kerugian masih belum dianggar*agak2 ade satu juta x?
sekian laporan dari bilik berita.
----------
hehhh

petang tu aq elok je tido kan
alih2 ayah call bgtau kedai cik lan terbakar
tht time rase macam ya Allah! kesiannya!!
pastu terus besiap laju2 nak tengok
tapi jalan jam! mcm siput je kereta bergerak
aq ni punya laa xsabar nak tengok

terkesima kot time tengok tu
asap berkepul.rasa bahang terbakar even aq dah diri jauh dah
ramai orang tengok.kira macam semua org senggarang berkumpul laa.hehh
aq nampak laa mangsa2 terbakar tu
menangis.terduduk lagi.
yelaaaa.rumah terbakar dah.nak duduk mane??
pastu kedai dorang lagi.rugi banyak nih






ni haa cik lan*xnampak pon mane satu.kawan ayah.tapi tudung biru tu isteri cik lan.xde ape yg selamat pun.buku hutang pn dah hangus dah.so kpd sesape yg hutang ambik barang kat kedai cik lan.sila buat pembayaran secara jujur.
*pesanan khas

ni syahira hanya termenung melihat.


aq xde gambar api tengah marak tu
xsempat oooo
panassss panassss!

pasni xde lagi dah laa belanja barang dapur kat kedai cik lan
dari aq kecik sampai besar kot ayah setia dgn kedai cik lan*kawan dia laa katekan
sedih jugaklaaa
aq membesar dengan beras dari kedai cik lan kot
heeeeeee :(





May 2, 2011

cuti hari pekerja saya.

hey hey hey
aq nak ade pekerja memang xlaaa kan.nampak beno nipunye ok!
im fully unemployed now.at least only for months.tht toooo enough.
im tired at home okayy.bosan tahap menyampah dah.

today isnin.which is public hols.cuti ganti 1 mei semalam
aihhh.xpayah cakap pn tau kan.dussssssh!
secara amnya kan.aq nak tulis pasal harini.
well xdelaa menarik macam pegi shopping xpn main ice skating
*ttbe teringat sunway! haha.tempat bersejarah tu.ngaaaaa
tapi saje nak jugak post sebab :::
1-harini cuti ganti semalam
2- maybe sebab mcm ade bnde nak cite
3- kalau xcite pasal ni nt hari2 lain xde cite lagi dahhhhh

pagi lagi dah bangun dah.er xdelaa awal pun tapi sempat laa nak tgk matahari naik.heee
pastu tengok semua orang dalam rumah macam sibuk buat keje
macam peliks pulak dah.kenapa semua orang tetibe rajin nih?
issshh.ikut hati pemalas aq memang nak tengok je.hoho
tapi sebab aq prihatin sikit.aq kemas2 laa dapur tu.sapu sikit2.
dalam rumah cuma aq dengan adik aq si hakim tu.yang lain semua bekerja di luar rumah.cuci lantai anjung.ubah tempat bunga.merumput.haha.bakar2 ape yang patut.busy kan?
hakim dalam rumah dengan aq tu pun sebab dia still tido lagi.alaaaa,saje laa tu tanak bangun.cissss!

habis tugas aq je terus laju2 besiap nak tengok dunia luar pulak.
saja keluar lunch dgn fany and amin.si amin ade jugak sebab fany kene belanja dia kfc!
siyes amin paling xsenonoh!! haha.gile btol.cite bukan main rancak alih2 kuar angin.cettt!!
potpet potpet.boom bamm boom cite itu ini.nganjing 2 3 patah.*wajib ni.haha
then going back home.tapi bukan rumah aq laa.lepak kejap umah fany
pastu acik aq call dah ajak pegi pantai.layankan jelaa sebab si fatin cousin aq tu dah melalak nak tengok laut.
baru semalam plan tengok laut dgn fany.akhirnya aq pegi jugak.
bukan dengan dia laa tapi with my lovely aunt and si tinggi kedings atin.hehh

hoooyeaaaaaaah.
im not going to beach for super long periods!rindu pantai!
main acah acah dengan ombak sumpah best.angin elok je tadi.cuaca pun ala2 romantik je.bonus for those yang dating kat pantai td.hahah.gile ramai.
then kami makan makan.acara sunat muakkad nih.ngeee~


xsah laa kalau budak ni xmenyebokkkk :)







p/s:: tu muka haziq dah malas dah nak tunggu air datang.lambat ouhhh!


May 1, 2011

si cilik PASTI :)

heyya frenssss :)
dah lama sebenarnya xpegi event sekolah
ateee dah habis sekolah.majlis mane nak attend? rindu okehh event camni
seronok ramai2.bemacam jenis orang boleh tengok.
dekat uitm haritu majlis paling besar aq pegi adalah annual dinner dgn sambutan kemerdekaan kot.
kesian? memang pooooon.
so disebabkan adik aq paling kecik tapi besar tu still tadika
ada laa majlis kecik2.alaaa kat sekolah kita panggil hari sukan
tapi ni tadika.sukaneka shud be better kot nak sebut.

simple sangat kot acaranya tapi seronok laa tengok
budak kecik dalam 4 5 and 6 tahun.so macam comel2 je sume
PASTI ni xbape ramai sgt student.tapi okay laa tu kan
senang nak handle.kot.heee
pagi2 lagi si haziq ni dah bangun dah.semangat sungguh
punye laa xbehenti kejutkan aq.selagi xnampak muka aq keluar bilik  bukan main lagi dia menjerit
ikut hati aq ni memang malas sangat nak pegi.yelaaa..sume tu makbapak budak je ramai
aq yg kakak2 ni?xde geng laaa.xsyokk!
ibu pulak suka paksa2 tau.ngeeee.
 tau laa buat peneman dia.aihhhh
dengan malas yaaaaa amat aq besiap pagi2
skali sampai tadika tu.kiteorang antara yg paling awal kot.huhh!

xhengat laa acara bape banyak.haziq ade dua acara je
dua2 lari.lari 50m dgn lari beganti.ade lari dalam guni,isi air dalam botol,lompat gelung
and some more.forgot already.nenek2 btol kannnn aq nih.hoho
tup tap bebudak ni tengah seronok hujan renyai dah.so acara yang xhabis lagi dibuat secara laju
kang demam pulak anak orang. terus xsekolah seminggu nt payah.
but then okay dah. cuaca baik2 sahaja.
and acara untuk parents and terbuka dibuat depan kawasan tadika tu je
fun! yeahhh..lawak okeh mak bapak budak.sporting habis.
ibu masuk acara anyam ketupat.tapi xmenang!ngeeeee :)

totally im enjoy myself to be there.best.
anak-anak PASTI yang comel2 belaka.nakal pun ye
kering tekak aq dok larang bebudak tu jangan main tepi longkang!jangan baling batu!
jangan main pasir tu haa!jangan!jangan!jangan! tapi hampehhh
then aq pun cite laa kat dorang ade katak gergasi dalam longkang tu so kalau dorang main baling batu kat longkang nanti katak gergasi tu terbangun and lompat kejar dorang! hahaha
pecaya sehh budak2 nih..ngaaaaaa! siap sorang2 tanya aq katak tu warna ape laa
kenapa duduk dlm longkang tu laa and ade siap cite kat rumah dia banyak katak!
ade budak comel ni tanya nama aq.dengan prihatin aq jawab *aisha*
and know what..dia jawab 'ohh..kak aica' pelat! lawak laa dia sebut tu


hijau.merah.kuning. xaci rumah fevret aq xde!!

lebih kurang ni jelaa murid





sungguh-sungguh si haziq nih :)






ni haa puan kamanizah tekun mengayam!


lepas ni haziq masuk darjah satu dah.
so ni kira tahun akhir dia tadika laa.
cepat je besar budak nih.dulu aq pn tadika sini.cikgu yang sama.
so boleh kira td senior datang balik sekolah laa..hahah
1st batch kot.cikgu pn ingat lagi.

paperpun.tahniah laa haziq ye.
dapat tempat ketiga and johan!!