March 31, 2013

SBE.

bismillah,

esok SBE. nervous nervous nervous.time camni laa menyesal xbuat kat sekolah ibu je.time camni jugaklaa mengharapkan esok akan ade budak ipg lain buat kat sekolah yang sama. so now, nak xnak kene redha jelaa dengan apa yang jadi esok. bertabahlah hati.

"dan Allah(berbuat denikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan membersihkan apa yang ada dalam hatimu. sesungguhnya Allah maha mengetahui isi hati." (3:154)

this part of the test from Him. so smile smile smile. :)
hopefully everything will be fine.
hopefully the senior teachers are kind
hopefully students are cute
hopefully they're all friendly
hopefully...




hye students, called me miss aisha. 
tapi tapi tapi confirm mereka panggil teacher fatin.
well,i just missed that name actually.

March 26, 2013

a reminder.

 bismillah,

di mana sahaja kita menjatuhkan pandangan
tiada lain yang akan kita temui
melainkan kemurahanNya
dalam setiap urusan yang kita laksanakan
hanya Dia yang berkuasa untuk memutuskan segalanya
pada hari hari yang kita lalui
lontaran lidah, sikap, akhlak
gerak tangan mahupun arah mata
semuanya berada di bawah penelitianNya

andai keteguhan hati disambar
Dia kurniakan buah sabar dan nikmat air mata
andai diri dihina
Dia hadirkan tabir ketabahan dan keyakinan kukuh
bahawasanya penilaian Allah lebih utama dan besar nilainya

andai kata-kata kesat menghujani diri
tatkala daun-daun kebenaran dihulurkan
Dia limpahkan kemanisan wajah
yang mampu menghadiahkan sebuah senyuman

andai diri ditinggalkan sahabat 
kerana memilih jalan menuju keredhaan Ilahi
Dia yang selalu ada di sisi menemani
mendengarkan, memujuk hati dan mengasihani
tak pernah letih melayani setiap keluhan

kata-kataNya
janjiNya'
cukuplah Dia untuk kita
sebagai teman, tuan dan Tuhan

~ a good sharing from kak sya :)



rindu al-fateh sebenarnya.
fi hifzillah :)

March 15, 2013

BIG & gaya bahasa bmk




Ada ketikanya rasa marah itu ada, Bila sering menjadi bahan jenaka
Ada kalanya hati terluka, Setiap bait kata tajam menusuk jiwa
Ada waktunya seperti boneka, Menjadi modal untuk bahan cerita
Namun pastinya, Terlalu banyak detik indah untuk diperkata

Bukan niat untuk sengaja mengalirkan air mata
Bukan mengharap pujukan kata bahagia
Sekadar menguji dimana letaknya diri ini
Dalam kehidupan mereka yang selalu di sisi

Cerita kita, takkan sempurna tanpa gurau senda
Hilang serinya bila tiada usikan manja

Ketahuilah kamu dan kamu,
Setiap kali aku memerlukan pelukan semangat
Kau hadir bersama bicara yang mendamaikan
Setiap kali aku meminta sedikit kasih
Kau alirkan dengan penuh rasa sayang
Setiap kali aku terlupa siapa aku sebenarnya
Kau pimpin aku ke jalan realiti

Aku dan kamu sangat jauh berbeza
Manakan sama timur dan barat, takkan serupa utara dan selatan
Jurang  ini mengeratkan ikatan dan menyimpul hati-hati kita
Dan bila suatu masa nanti aku tiada disisi
Akan tetap kubawa kalian dalam hatiku.


 one adrenaline's moments 














dan sajak bmk tu memang khas untuk kamu dan kamu
:)