di mana sahaja kita menjatuhkan pandangan
tiada lain yang akan kita temui
melainkan kemurahanNya
dalam setiap urusan yang kita laksanakan
hanya Dia yang berkuasa untuk memutuskan segalanya
pada hari hari yang kita lalui
lontaran lidah, sikap, akhlak
gerak tangan mahupun arah mata
semuanya berada di bawah penelitianNya
andai keteguhan hati disambar
Dia kurniakan buah sabar dan nikmat air mata
andai diri dihina
Dia hadirkan tabir ketabahan dan keyakinan kukuh
bahawasanya penilaian Allah lebih utama dan besar nilainya
andai kata-kata kesat menghujani diri
tatkala daun-daun kebenaran dihulurkan
Dia limpahkan kemanisan wajah
yang mampu menghadiahkan sebuah senyuman
andai diri ditinggalkan sahabat
kerana memilih jalan menuju keredhaan Ilahi
Dia yang selalu ada di sisi menemani
mendengarkan, memujuk hati dan mengasihani
tak pernah letih melayani setiap keluhan
kata-kataNya
janjiNya'
cukuplah Dia untuk kita
sebagai teman, tuan dan Tuhan
~ a good sharing from kak sya :)
rindu al-fateh sebenarnya.
fi hifzillah :)

No comments:
Post a Comment