November 23, 2011

tentang hati.



segalanya bermula dari hati.terlahirnya niat disini.sumber ilham.keimanan dan kekufuran.antara rasa cinta dan benci.keinsafan.ketenangan.keinginan.kebimbangan.pertimbangan.itulah hati.tahukah kamu bahawa hati itu adalah raja.anggota badan pula tentera.jika baik rajanya maka sudah semestilah baik juga anggota tenteranya.dan begitulah sebaliknya.fikirkanlah betapa pentingnya hati kita.betapa sayangnya jika kita sendiri merosakkanya.titik titik hitam memenuhi segenap ruang hati lalu menjadi keras.tidakkah kita terfikir kebahagiaan itu mampu hadir jika kita membersihkan hati kita.rasa keluh kesah mungkin tiada.

dan aq sendiri masih berusaha menjaga hatiku ini.selama aku bernafas berbelas tahun,banyak sebenarnya dosa yang aku lakukan.dosa tanpa sedar apatah lagi.terkedu bila memikirkan.berapa banyak agaknya titik titik hitam.semoga ada ruang yang tinggal untuk memperbaiki diri sendiri.ibu ayah dah bagi pendidikan agama sebaiknya.sekolah agama bertahun.dicampur dengan sekolah khas.pendidikan islam pun belajar.lepas dengan cemerlang dalam peperiksaan.pangkat satu darjah khas.gred a untuk pendidikan islam.namun masih longgar juga iman.tidak secemerlang keputusan yang aku dapat.tidak semegah rasanya.betapa teruknya aku.ya Allah.semoga masih ada ruang untukku memperbaiki diri menjadi muslimah yang baik.takut sebenarnya.takut aku makin lalai dengan dunia.terlalu berseronok.aku takut sikapku yang lalai membawa aku jauh dariMu.lupa segala tanggungjawabku sebagai seorang muslimah.entah kenapa aku selalu berfikir pasal kehidupan sendiri semenjak dua ni.aku masih mencari apa yang aku mahukan.ketenangan yang dicari.pegangan diri.semoga segala apa yang aku lakukan tidak lari dari landasan islam.dan aku juga masih memerlukan insan-insan yang aku sayang disisi untuk menjadi pendorong dalam hidupku,kawan-kawan yang sama-sama masih berusaha memperbaiki diri,dan mereka-mereka yang tak lepas memberi ruang untukku mengatur semula perjalanan hidupku.aku masih dan sentiasa memerlukan insan yang penting dalam hidupku untuk sama-sama denganku memperbaiki diri.sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran dunia realiti.sememangnya aku lemah,kadangkala mempersoalkan terlalu banyak perkara,masih banyak yang kurang dalam diri dan aku memerlukan kamu untuk membimbingku.


rasanya inilah buat pertama kalinya menulis sebegini.terpulanglaa kepada akal pemikiran masing-masing untuk menerima mahupun tidak..menulis sekadar apa yang dirasakan.semoga kita semua terus diberikan hidayah dan dikurniakan kemanisan iman yang berpanjangan.

** karangan luahan ini sekadar rasa hati.peringatan untuk diri sendiri :) **



3 comments:

muezz@blaz said...

sejak masuk maktab, aku rase bahasa ko sgt tinggi,,,,haha

.f.n.a. said...

hahaha...agak mendalam maksud ko tu :D

Ryien Aamal said...

fna...aku suka..Moga-moga kita semua sentiasa mendapat penjagaaanNya selalu...^-^